Kembara Delima Emas Sdn. Bhd. (DESB) diteruskan dengan sesi kuliah Pengurusan Kebersihan Makanan berdasarkan prinsip ‘Hazard Analysis & Critical Control Point’ (HACCP) di Universiti Pertanian dan Perubatan Veterinar Obihiro.
Delegasi DESB juga berpeluang untuk melawat kilang pemprosesan produk tenusu berskala kecil di universiti tersebut, di mana setiap produk yang dihasilkan telah diperakui mengikut prinsip HACCP yang ditetapkan.
Pengisian kursus merangkumi pengenalan HACCP, pengurusan kebersihan produk ternakan berdasarkan prinsip HACCP dan prosedur pelaksanaan HACCP.
Sesi kuliah dan lawatan telah diketuai oleh Dr. Toukura, Pengurus, Pusat Lapangan untuk Sains Haiwan dan Pertanian, Universiti Pertanian dan Perubatan Veterinar Obihiro.
Menarik kan? Nantikan kisah DESB seterusnya dari bumi Jepun!