Perjalanan Delima Emas Sdn. Bhd. (DESB) di Hokkaido diteruskan dengan sesi lawatan ke Urahoro Freeze Dry Co., Ltd. En. Inoue, Pengarah Urahoro Freeze Dry Co., Ltd. menyambut delegasi DESB dengan penuh mesra.
Di bawah kawalan kualiti yang ketat, Urahoro Freeze Dry Co., Ltd. mengeluarkan dan menjual produk kering beku seperti jagung, edamame, sayuran dan lain-lain. Syarikat ini memfokuskan hasil mentah bumi Hokkaido yang sangat menarik dan produk mereka digunakan secara meluas dalam industri komersial.
Delegasi DESB telah diberi penerangan dan lawatan ke pusat operasi, di mana berpeluang untuk mempelajari dan memerhati kaedah penyimpanan jangka masa panjang untuk pelbagai jenis makanan tanpa menjejaskan rasa dan nutrien makanan tersebut beserta proses pengurusannya.
Sesi pembelajaran hari ini diteruskan dengan lawatan ke Maeda Agriculture, di mana ladang mereka berstatus Global G.A.P. Certified Farm dan kilang bertih jagungnya pula mendapat pensijilan HACCP Hokkaido. Terima kasih En. Maeda (Presiden, Maeda Agriculture Farm) kerana sudi meluangkan masa untuk menerima kunjungan delegasi DESB.
Kalau nak tahu, selain menjual gandum jenama sendiri, Maeda Agriculture Farm adalah pertama di Jepun yang menghasilkan dan mengkomersialkan bertih jagung untuk pemanasan menggunakan ketuhar gelombang mikro yang dihasilkan berdasarkan HACCP.
Nantikan perjalanan DESB di Jepun dalam posting akan datang!