
Dengan memberi tumpuan kepada latihan dan perbincangan, delegasi Delima Emas Sdn. Bhd. (DESB) telah menyediakan laporan penuh bagi aktiviti pemeriksaan di pelbagai pusat pengurusan kebersihan makanan berdasarkan prinsip HACCP.
Sesi perkongsian dan perbincangan hri ini adalah di bawah seliaan Dr. Toukura, Pengurus, Pusat Lapangan untuk Sains Haiwan dan Pertanian, Universiti Pertanian dan Perubatan Veterinar Obihiro.
Syukur, Allah mudahkan segala urusan delegasi DESB sepanjang sesi tersebut. Maka dengan ini, secara rasminya kembara DESB di bumi Hokkaido telah melabuhkan tirainya.



Terima kasih HDC Malaysia dan JICA atas peluang dan pengalaman yang sangat berharga ini. Arigato gozaimasu!