Alhamdulillah, Delima Emas Sdn. Bhd. (DESB) berpeluang untuk menyertai seminar Halal bersama pengusaha-pengusaha tempatan Tokachi bertempat di Bilik Seminar, Kajino Building.

Seminar dari inisiatif Halal Development Center (HDC) bertujuan untuk memberi dan memupuk pemahaman tentang konsep perniagaan Halal yang boleh diterapkan oleh pengusaha-pengusaha Tokachi.

Peluang keemasan ini tidak disia-siakan delegasi DESB dalam usaha untuk membina hubungan bisnes bersama pengusaha-pengusaha tempatan, untuk meneroka pelbagai peluang baru dan kemungkinan untuk berkoloborasi di masa hadapan.

Setelah selesai bertukar-tukar buah fikiran dengan pengusaha-pengusaha tempatan, delegasi DESB kembali semula ke Universiti Pertanian dan Perubatan Veterinar Obihiro untuk berkongsi dapatan kajian secara menyeluruh sepanjang hampir 2 minggu melawat perusahaan-perusahaan terbaik di Hokkaido, Jepun.

Dengan memberi tumpuan kepada latihan dan perbincangan, delegasi DESB akan menyediakan laporan penuh bagi aktiviti pemeriksaan di pelbagai pusat pengurusan kebersihan makanan berdasarkan prinsip HACCP di bawah seliaan Dr. Toukura, Pengurus, Pusat Lapangan untuk Sains Haiwan dan Pertanian, Universiti Pertanian dan Perubatan Veterinar Obihiro.

Sesi perkongsian dan perbincangan DESB adalah pada hari esok di hadapan Dr. Toukura. Doakan delegasi DESB lancar tutur katanya, dan dipermudahkan segala urusannya, amiin.