


Cuaca sejuk sehingga -10 °C tidak menghalang Delima Emas Sdn. Bhd. (DESB) untuk meneroka bumi bumi Hokkaido. Kali ini, delegasi DESB berpeluang untuk melawat Orikasa Farm, sebuah ladang tanaman yang menerapkan HACCP dalam pengurusan pertanian mereka.
Untuk pengetahuan anda, Orikasa Farm mempunyai reputasi yang tinggi kerana mereka mengamalkan pertanian organik melalui penanaman semula jadi yang tidak menggunakan racun perosak, baja atau kompos. Antara tanaman yang diusahakan adalah gandum, biji sawi, tomato dan kacang soya.
Delegasi DESB telah disantuni oleh En. Orikasa sendiri, presiden Orikasa Farm. Selain dari ladang tanaman, Orikasa Farm juga mempunyai pusat pemprosesan produk hasil tanaman mereka sendiri. Produk-produk Orikasa Farm mendapat pensijilan kilang pemprosesan organik Japan Agricultural Standards (JAS).
Hasil lawatan ini, delegasi DESB dapat mempelajari tentang penghasilan produk tinggi nilai yang disokong oleh sistem pengurusan kebersihan yang tinggi oleh pengeluar, dan juga usaha penjenamaan yang dilakukan.
Semoga pengalaman ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan lagi kualiti produk DESB.