Hari pertama Delima Emas Sdn. Bhd. (DESB) di bumi Jepun dimulakan dengan ucapan perasmian oleh En. Kimata (Perwakilan Pengarah Hokkaido Timur), disusuli sesi pengenalan, penggunaan dan peraturan kemudahan di JICA Hokkaido Center (Obihiro), terutamanya dalam kes kecemasan seperti kebakaran, gempa bumi dan lain-lain.
Antara kemudahan yang disediakan di JICA Hokkaido Center (Obihiro) ialah Pusat Antarabangsa Hubungan Tokachi, kompleks sukan & renang, pusat lumba kuda, zoo haiwan, kedai serbaneka dan pasaraya besar.
Delegasi DESB kemudiannya dibawa untuk melawat dan melakukan pemeriksaan HACCP di salah satu pengeluar konfeksi terbesar di Tokachi, Ryugetsu yang menggunakan bahan-bahan tempatan, iaitu Ryugetsu Sweetpia Garden diketuai oleh En. Tamura (Presiden, Ryugetsu Co., Ltd.).
Terletak di utara Obihiro City, Ryugetsu Sweetpia Garden mempunyai kedai, kafe dan juga studio pengalaman membuat konfeksi di Tingkat 1, kilang pembuatan dan operasi di Tingkat 2, dan kawasan lawatan untuk operasi kilang di Tingkat 3.
Semoga DESB dapat mempelajari pelbagai ilmu dan pengalaman baharu dari salah satu kilang konfeksi terbaik di Jepun. Nantikan kisah perjalanan DESB di posting seterusnya!