Alhamdulillah. Setelah mengharungi perjalanan hampir 10 jam, Delima Emas Sdn. Bhd. (DESB) telah mengorak langkah pertama di bumi Jepun!

Untuk pengetahuan semua, DESB yang diwakili oleh Puan Nur Liyana binti Abd Rahim (Senior Exec. Certification & Documentation) merupakan salah satu syarikat yang telah dipilih oleh Halal Development Centre (HDC) Malaysia, bersama 7 lagi syarikat dari Malaysia.

DESB sangat berbesar hati untuk mengikuti program ‘Knowledge Co-Creation Program (KCCP) in Food Hygiene & Quality Management’, yang ditaja sepenuhnya oleh Japan International Cooperation Agency (JICA), di bawah seliaan Official Development Assistance Japan (ODA).

Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kepakaran berkaitan kebersihan dan kawalan kualiti makanan Halal mengikut standard yang ditetapkan, serta asas perdagangan dan perniagaan di antara Malaysia dan Jepun.

Pemilihan syarikat adalah sejajar dengan kriteria KCCP. Setiap syarikat yang terpilih mempunyai pelan pasca-KCCP yang jelas dan berkualiti, pengalaman unik dan pencapaian luar biasa yang melayakkan mereka untuk menyertai program ini.

Teruskan bersama DESB dalam penerokaan industri Halal di bumi Jepun!