Pada 14 Disember 2023, seramai 15 orang pelajar Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan seorang pensyarah iringan, En. Muhammad Syukri bin Mohd. Ashmir Wong telah mengadakan lawatan akademik ke Pusat Pemprosesan Makanan Delima Emas Sdn. Bhd. (DESB) di Nilai, N. Sembilan.

En. Mohsien bin Mat Isa selaku wakil syarikat berpeluang untuk menerangkan secara terperinci tentang bagaimana DESB beroperasi bermula dari peringkat ladang, pemprosesan hinggalah ke pengguna akhir, aplikasi Halal yang diterapkan pada setiap aspek operasi serta akreditasi yang telah diterima oleh DESB.

Para pelajar dan pensyarah iringan dibawa ke kawasan operasi bagi melihat dengan lebih dekat bagaimana Halal itu diterapkan dalam setiap aktiviti pemprosesan produk DESB.

Semoga lawatan akademik ini memberi manfaat sekaligus menyumbang kepada pembangunan akademik keseluruhan para pelajar ini.