Pada 5 Disember 2023, Sambutan Hari Kanak-Kanak 2023 telah diadakan di SK Jalan Raja Musa, Kuala Selangor.
Delima Emas Sdn. Bhd. (DESB) selaku penaja utama telah dijemput untuk sama-sama meraikan para pelajar SK Jalan Raja Musa.
Delegasi DESB yang diwakili oleh En. M. Zaidi bin Ismail, HOD Sales & Marketing amat berbesar hati menerima jemputan ini.
Warga SK Jalan Raja Musa telah dijamu menu istimewa Delima Space iaitu Chicken Boxing dan Ayam Gunting, dan semestinya 100% organik.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn. Khadijah binti Login (Guru PK HEM), En. Tajuddin Saroji (wakil PIBG) serta seluruh warga SK Jalan Raja Musa. Semoga kita berjumpa lagi!