Delegasi Tisha’s Food yang diwakili oleh En. Shamsul Shah bin Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Tisha’s Food, telah berpeluang untuk melawat Pusat Pemprosesan Makanan Delima Emas Sdn. Bhd. (DESB)

Dato’ Muhammed Saleh bin Abdul Malek, Pengerusi Eksekutif DESB, menyantuni dan menerangkan tentang kepakaran dan inovasi DESB dalam industri ternakan ayam organik kepada delegasi Tisha’s Food.

Delegasi Tisha’s Food kemudiannya telah dibawa untuk meninjau kawasan operasi Pusat Pemprosesan Makanan DESB bagi melihat sendiri kecanggihan fasiliti dan peralatan DESB.

Apakah mungkin adanya peluang untuk DESB dan Tisha’s berganding bahu di masa akan datang?

Sama-sama kita nantikan!