Pada 22 & 23 November 2023, Kursus Asas Pemeriksaan ante Mortem dan Post Mortem Unggas telah diadakan di Pusat Pemprosesan Makanan Delima Emas Sdn. Bhd. dengan jayanya.

Kursus pengukuhan bagi pemeriksa daging anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar bertujuan untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan peluang untuk ‘upskilling’ di kalangan warga kerja Delima Emas Sdn. Bhd. (DESB).

Semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam usaha DESB untuk memberi hanya yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia.