Ramai pihak yang mempromosikan boikot dan menggesa untuk meninggalkan produk-produk ‘mereka’, namun jarang kedengaran pihak yang menawarkan alternatif.

Alhamdulillah rezeki kami bertambah juga lately ni bila orang Malaysia betul-betul boikot Mek D & Kef Si. Dari yang tak tahu, terus tahu kewujudan Delima Space. Sebab dia google search “ayam goreng”.

Kami memang buat ayam goreng crispy. Ayam goreng crispy yang lagi sedap, berkualiti dan berbaloi kerana kami menggunakan ayam organik yang sebenar.

Kalau nak rasa Organic Fried Chicken kami, boleh singgah ke Delima Space ya. Berhadapan jalan utama Nilai Impian, sebaris dengan CK Rahim.

Waktu operasi kami bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Jumpa anda di sana!