Pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, Delima Emas Sdn. Bhd. (DESB) telah mengadakan sebuah majlis tahlil khusus untuk Allahyarham Muhamad Hafiz bin Mazlan.

Dato’ Muhammed Saleh bin Abdul Malek, Pengerusi Eksekutif DESB berkesempatan untuk menzahirkan rasa sedih dan menyampaikan beberapa pesanan kepada seluruh warga kerja DESB.

Bacaan tahlil dan doa selamat telah dipimpin oleh En. Shahrizal Shahidan, Ketua Jabatan Pentadbiran bersama seluruh warga kerja DESB. Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian sumbangan kepada waris Allahyarham oleh Pengarah DESB, En. Khalid Ahmad.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fuanhu.

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah.