Alhamdulillah, pada 26 Oktober 2023, pertemuan antara Delima Emas Sdn. Bhd. (DESB) dan delegasi MATRADE telah diadakan dengan jayanya.
Mewakili MATRADE bagi kunjungan kali ini adalah Pn. Sharimahton binti Mat Salleh (Deputy CEO Office, Export Acceleration), En. Amran bin Yem (Senior Director, Exports Promotion & Market Access Division), En. Remee bin Yaakub (Director, Halal, F&B And Agro-Based Section), En. Badrul Hisham bin Hilal (Senior Manager, Halal, F&B, And Agro-Based Section), Pn. Nurul Huda binti Kamarul Baharin (Manager, Halal, F&B, And Agro-Based Section) dan En. Muhammad Amir Khan bin Mohamed Iqbal (Asst. Manager, Halal, F&B And Agro-Based Section).
Delegasi MATRADE telah berpeluang untuk melawat kawasan operasi kilang serta diberikan taklimat berhubung dengan operasi kilang oleh Yg Bhg Dato’ Muhammed Saleh bin Abdul Malek selaku Pengerusi Eksekutif DESB.
Sebelum itu juga, pertemuan dua hala DESB-MATRADE ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh En. M. Zaidi bin Ismail (Head of Sales & Marketing). Turut hadir adalah En. Shahrizal Shahidan (Head of Administration) dan En. Mohd Zaidi bin Shafie (Head of Production).
Delegasi MATRADE telah diberikan penerangan lengkap berhubung dengan inovasi yang telah dijalankan dan berpeluang untuk melihat sendiri kecanggihan fasiliti dan peralatan yang disediakan oleh DESB.
Seterusnya, delegasi MATRADE telah dibawa ke Delima Space yang sinonim dengan konsep hidangan berasaskan ayam organik yang dipelopori oleh DESB.