Delima Emas Sdn. Bhd. merupakan penyedia ‘Total Halal Poultry Solution Service’ yang ditubuhkan di Malaysia, khusus dalam membekalkan ayam yang terbaik dan patuh syariah di seluruh Malaysia. DESB komited dalam memastikan setiap rantaian proses ternakan bermula dari penternakan sehingga peringkat produk akhir adalah sangat berkualiti dan selaras dengan piawaian syariah.

  1. Milikan penuh bumiputera Muslim.
  2. Pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pertanian & Industri Malaysia.
  3. Halalan Toyyiban di bawah pensijilan JAKIM.
  4. Penternakan terkini dengan teknologi IoT.
  5. Loji pemprosesan makanan haiwan sendiri dari sumber semula jadi – ekstrak Zaitun, Arabic Gum & kunyit.