Lawatan YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan wakil dari ANGKASA Ke Delima Emas Sdn. Bhd.(DESB).

Alhamdulillah dengan izinNya, YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, anggota Lembaga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Perniagaan ANGKASA dan wakil ANGKASA telah mengadakan lawatan ke syarikat DESB pada tanggal 2 Oktober 2023.

Bermula dengan sesi taklimat dan disusuli dengan lawatan ke kilang pemprosesan makanan DESB, YBhg Prof. Madya Dato’ Dr Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan delegasi telah diberikan penerangan secara komprehensif berhubung dengan kemampanan eko sistem organik secara keseluruhan yang telah di bangunkan oleh DESB oleh YABhg Dato’ Muhammed Saleh bin Abdul Malek, Pengerusi Eksekutif DESB.

Seterusnya, perbincangan difokuskan kepada perbincangan dua hala antara DESB dan ANGKASA mengenai hala tuju potensi pemasaran produk ayam organik melalui platform BA100.

Secara asasnya, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk saling bekerjasama bagi menjayakan pemasaran ayam organik dalam pasaran koperasi di seluruh negara.

Terima kasih kepada pihak delegasi ANGKASA kerana sudi menyantuni jemputan DESB ke restoran Delima Space. Semoga Allah memudahkan segala perancangan yang telah dibincangkan pada pertemuan kali ini, insyaAllah.