Terima kasih kepada YB Tan Sri Noh Bin Hj Omar selaku menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia atas kesudian merasmikan Ladang Ternakan Ayam Organik Delima Emas di Kuala Selangor pada 24 Februari 2022 yang lalu. Terima kasih juga kerana mengiktiraf usaha kami ini sebagai satu perjuangan yang penting untuk industri ayam organik di Malaysia.

Kami dari Delima Emas Sdn Bhd senantiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan yang kami sediakan untuk keselesaan dan kepuasan pengguna diluar sana. Untuk pengetahuan semua, ladang kami mula beroperasi sejak 2016 namun pembangunannya siap sepenuhnya pada 2019. Atas sebab pandemik covid-19, perasmiannya terpaksa di tangguhkan sehinggalah sekarang.

Alhamdulillah, majlis perasmiannya telah berjalan lancar. Terima kasih kepada semua yang terlibat baik secara langsung mahu pun tidak secara langsung. Doakan Delima Emas Sdn. Bhd. maju jaya!